PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF



Salam sejahtera, kepada pelawat-pelawat Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beluran.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beluran. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Majlis Daerah Beluran, Besarlah harapan kami agar semua maklumat yang dipaparkan dapat membantu dan memberikan sedikit sebanyak panduan dan manfaat kepada semua pihak yang memerlukannya terutamanya kepada seluruh komuniti di Daerah Beluran.

Kami di Majlis Daerah Beluran sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung Laman Web ini bagi kami menjayakan visi organisasi dan merealisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mampu memberi kepuasan serta perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak khususnya komuniti di Daerah Beluran.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Laman Web ini secara berterusan. Justeru, kami mengalu-alukan pandangan, idea serta perkongsian maklumat daripada anda semua supaya perkhidmatan Majlis Daerah Beluran terus dapat ditambah baik dan hasrat kita menjadikan Daerah Beluran sebagai sebuah kawasan lestari untuk didiami akan tercapai.

Salam Hormat,

Huil Bin Binua@Benua

Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Beluran